Amanah Sabah Kecewa Tidak Libatkan Negeri PH ke Mesyuarat Covid-19

amanah sabah kecewa

Tindakan Putrajaya yang tidak memanggil Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri dari lima negeri di bawah Pakatan Harapan(PH) dilihat hanya mementingkan politik daripada mengutamakan kesihatan rakyat di negara ini. Amanah Sabah kecewa dengan tindakan yang double standard yang ditunjukkan oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Ekoran itu, pemimpin politik di negeri Sabah turut menyuarakan kekesalan mereka.

Parti AMANAH Negara Negeri Sabah melahirkan rasa kecewa dengan tindakan itu yang seolah-olah menidakkan masalah kesihatan rakyat di lima negeri iaitu Sabah, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang dalam menangani masalah penularan COVID-19 yang kini melanda negara.

Pengarah Komunikasi AMANAH Sabah, Zaidi Zatil (PIC) berkata, seharusnya Kerajaan Perikatan Nasional (PN)bersikap terbuka serta bekerjasama dengan semua pihak dalam menyelesaikan masalah rakyat.

“Kami rakyat amat kecewa kerana Tan Sri Mahyuddin Yassin selaku Perdana Menteri yang tidak peka dengan keadaan sekarang, malah masih mahu berpolitik lagi.

“Janganlah menidakkan kesihatan rakyat lebih-lebih lagi Sabah adalah antara negeri yang tertinggi mengalami penularan COVID-19 setakat ini,” ujarnya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Semalam, satu Mesyuarat Khas penyelarasan pengawalan dan pergerakan bagi membendung COVID-19 telah diadakan serta dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jemputan mesyuarat ditujukan kepada Ketua Menteri dan juga Menteri-Menteri Besar di setiap negeri.

Namun malangnya, jemputan hanya dihadiri oleh Ketua Menteri dan Menteri Besar di bawah pentadbiran Kerajaan PN sahaja.

Lima negeri iatu Pulau Pinang, Selangor, Sabah, Kedah dan Negeri Sembilan hanya diwakili oleh Pengarah Pembangunan Negeri. Berita

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.