Bayaran BSH Fasa 2 Akan Dikreditkan 28 Mei 2019

bayaran bsh

Kerajaan Pakatan Harapan melalui satu sidang media khas selepas mesyuarat kabinet kedua telah mengumumkan bahawa BR1M tetap diteruskan tetapi nama telah ditukar kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR). Pemohon yang layak menerima BR1M sebelum ini disarankan membuat semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat melalui pautan yang disediakan di bawah.

Permohonan Dan Kemaskini BSH 2019

Tarikh dan Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019

Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa pemberian wang BSH fasa pertama akan dilaksanakan pada 28 Januari 2019 iaitu sebelum sambutan Tahun Baru Cina. Ia berikutan pertimbangan yang dilakukan oleh kerajaan PH demi meringankan beban rakyat khususnya golongan B40. Manakalah fasa kedua akan dibayar sebelum umat Islam menyambut hari raya aidilfitri tahun ini.

Menurutnya, pemberian tersebut diawalkan di samping masih menggunakan perisian lama (BR1M) yang sedang giat dilakukan pengemaskian dan naik taraf ketika ini.

Fasa 2 (28 Mei 2019)
RM-
Semua Kategori Isi Rumah Termasuk Anak Yang Layak
Klik Semakan: https://bsh.hasil.gov.my/

 

Fasa 1 (28 Januari 2019)
RM300
Semua Kategori Isi Rumah
Klik Semakan: https://bsh.hasil.gov.my/

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 akan dibuat mulai 28 Januari 2019 bagi pemohon yang lulus semasa BSH 2018.

Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:

  • Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia)
  • Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
  • Warga emas sebatang kara

Kategori Pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:

  • Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia)
  • Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan
  • Bujang yang mempunyai tanggungan

Bagi pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa Pertama BSH 2019, perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan BSH 2019. Permohonan baru perlu dibuat ke pautan ini https://bsh.hasil.gov.my/ setelah diumumkan.

Kategori Isi Rumah Penerima BSH 2019

ISI RUMAH RM2000 KE BAWAH
RM1000
-Warganegara dan menetap di Malaysia
-Berkahwin dan ada tanggungan
-Pendapatan kasar tidak melebihi RM2000 sebulan

Permohonan Dan Kemaskini BSH 2019

ISI RUMAH RM2001 – RM3000
RM750
-Warganegara dan menetap di Malaysia
-Berkahwin dan ada tanggungan
-Pendapatan kasar isi rumah RM2001 hingga RM3000

Permohonan Dan Kemaskini BSH 2019

ISI RUMAH RM3001 – RM4000
RM500
-Warganegara Malaysia dan menetap dalam negara
-Berkahwin dan ada tanggungan
-Pendapatan kasar RM3001 hingga RM4000

Kerajaan Pakatan Harapan juga mengumumkan satu kategori baharu diperkenalkan bagi BSH bermula 2019 iaitu bantuan RM120 seorang kepada anak B40. Bantuan ini terhad kepada 4 orang anak sahaja dalam isi rumah.

KATEGORI ANAK B40
RM120
-Umur 18 tahun ke bawah
-Bukan OKU
-Isi rumah B40 terhad kepada 4 orang anak sahaja yang diberikan bantuan

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Dan Pesara 2019

Sekiranya pengguna menghadapi sebarang kesulitan sila hubungi terus ke talian Hotline BSHR:

1-800-88-2747
Waktu Operasi :
9.00 a.m hingga 5.00 p.m

One comment
  1. Saya punya bsh lulus tp last tu cakap kat saya kod tidak berjaya .apa masalah ini sebenar saya nak tahu la

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.