Beri Kelonggaran Kepada NGO Bantu Golongan Terjejas Covid-19

beri kelonggaran kepada ngo

KOTA KINABALU. Arahan terbaru kerajaan yang menyekat NGO untuk mengedar bantuan kepada penduduk yang terputus bekalan makanan harian akibat pandemic Covid-19 tidak sesuai pada masanya. Ketua Pemuda AMANAH Sabah, Rendy Ismail berpendapat kerajaan harus menilai secara keseluruhan keberkesanan pengagihan bantuan sebelum keputusan itu dibuat.

Ini disebabkan terlalu ramai penduduk yang terjejas dan memerlukan bantuan segera tanpa melalui saluran birokrasi. Dalam keadaan penduduk yang terjejas, dan hanya melalui NGO dapat menyalurkan bantuan dengan pantas, arahan kerajaan ini tidak sesuai melainkan pada saat ini jentera kerajaan dapat bergerak dengan lebih berkesan dan pantas.

Saya memohon pihak kerajaan agar memberi kelonggaran kepada NGO, sekurang-kurangnya berikan kebenaran dengan SOP yang jelas demi kemaslahatan penduduk yang terjejas di samping menjaga keselamatan daripada Covid-19.

Saya merujuk teks ucapan YAB Perdana Menteri dalam Pakej Ransangan Ekonomi bahawa kerajaan akan bekerjasama dengan NGO untuk menyalurkan bantuan dengan peruntukan RM25 juta. Kenyataan ini jelas bertentangan dengan arahan terbaru kerajaan.

beri kelonggaran kepada ngo

Rendy Ismail (kiri) menyerahkan bantuan kepada penerima yang hilang punca pendapatan akibat PKP dan pandemik Covid-19

Situasi di Sabah berbeza dengan di semenanjung. Ramai penduduk pedalaman yang memerlukan perjalanan selama berjam-jam. Ada yang melalui sungai, dan laut. NGO sangat memahami dengan situasi ini.

Di Sabah juga ada penduduk yang tiada dokumen. Sekiranya melalui agensi, sudah tentu agensi hanya menyenaraikan penduduk yang ada dokumen. Namun perspektif NGO berbeza. Pada saat ini, semua manusia yang terjejas harus mendapat sumbangan agar tiada nyawa yang terkorban.

Saya memohon agar kerajaan dapat memberikan kelonggaran kepada NGO khasnya di Sabah kerana pada saat ini ramai penduduk yang terjejas perlu bantuan segera.

RENDY ISMAIL

KETUA PEMUDA

AMANAH SABAH

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.