Kunjungan Hormat AWAN Sabah Bersama Menteri

kunjungan hormat awan sabah

Kota Kinabalu. Kunjungan Hormat AWAN Sabah berlangsung dengan penuh harmoni. Sesi Perbincangan AWAN Sabah, bersama YB Norazlinah Arif, Pembantu Menteri Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah & YB Jannie, Pembantu Menteri Undang-Undang & Anak Negeri.

Turut bersama kali ini Presiden NGO FAME, Dr. Haslinda – merupakan Pensyarah UPM. Memberikan saranan dan cadangan kerjasama untuk isu-isu wanita, keluarga dan kanak-kanak Sabah.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Ketua AWAN Sabah, Ustazah Azlinah Awang bersama Puan Norfidah Yassin, Puan Mahirah, dan Cik Masrah Licson.

kunjungan hormat awan sabah

“Di antara resolusi Task Force Isu Wanita dan Kanak-Kanak Sabah yang dipandu oleh kak Fadhlina Sidek Sidek adalah perlu bertemu pemegang taruh (stakeholder) berkaitan isu wanita dan kanak-kanak khususnya.
_
Kelmarin, direzekikan bertemu mata, berbincang bersama YB Norazlinah Arif – Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat dan YB Jannie Lasimbang – Pembantu Menteri Undang-undang dan Anak Negeri yang sedang mengusahakan pelan 10 tahun ‘end-child marriage in sabah’. Dan jemputan istimewa kali ini adalah Presiden NGO FAME (Family Empowerment) Dr. Haslinda Abdullah – ahli akademik UPM yang berpengalaman luas advokasi turun ke lapangan untuk isu wanita dan kanak-kanak seluruh Malaysia.
_
Usaha ini bukanlah usaha besar, tapi yang termampu kami lakukan. Banyak ilmu dan pengalaman dapat daripada perkongsian Dr Haslinda untuk merancang gerak kerja seterusnya.
_
Bait kata-kata Kartini sebagai kekuatan. “Semoga melalui banyak sekali penderitaan dan kesedihan, kami berhasil menciptakan sesuatu bagi rakyat kami. Terutama, yang bermanfaat bagi kaum perempuan kami.

Andai kata ini pun tidak terlaksana, semoga penderitaan dan perjuangan kami berhasil menarik perhatian khalayak ramai terhadap keadaan-keadaan yang perlu diperbaiki.

Dan, andai kata itu pun tidak dapat kami capai, wahai, setidaknya kami telah berusaha berbuat baik, dan kami yakin benar bahwa air mata kami, yang kini tampaknya mengalir sia-sia itu, akan ikut menumbuhkan benih yang kelak akan mekar menjadi bunga-bunga yang akan menyihatkan generasi-generasi mendatang”.
_
Radin Ajeng Kartini dalam suratnya kepada Stellar pada 25 Mei 1899.
_
Nota kaki : belanja gambar paling akhir sebab kami ada persamaan, nama AZLINAH, alumni UM dan peminat setia Almarhum Tok Guru Nik Aziz 🥰”

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.