Parti Amanah Negara Sabah kepada penduduk sementara di Sabah

APA KATA? PARTI AMANAH NEGARA TERHADAP PENGENALAN PAS SEMENTARA SABAH (PSS)

Parti Amanah Negara – Negeri Sabah (AMANAH Sabah) menyatakan sokongan kepada keputusan Kerajaan untuk mengeluarkan Pas Sementara Sabah (PSS) bagi menggantikan IMM13, burung-burung dan kad bancian yang selama ini digunakan oleh warga asing di Sabah.

Amanah Sabah menyatakan bahawa keputusan ini akan membantu kerajaan menangani masalah warga asing yang tidak diketahui jumlah sebenarnya selama ini disamping menamatkan masalah pemalsuan dokumen yang membelenggu negeri ini sejak sekian lama.

Amanah Sabah juga menyatakan bahawa pemberian PSS hendaklah dipantau dengan ketat bagi mempastikan hanya yang benar-benar layak memperolehinya disamping menghadkan pengeluaran PSS hanya kepada warga asing yang sudah berada lama di negeri ini. Pemegang PSS hendaklah diberikan syarat ketat sekiranya berlaku perlanggaran syarat dan ketidakpatuhan kepada undang-undang negara, PSS hendaklah dibatalkan dan individu berkenaan tidak dibenarkan lagi memegang PSS.

Amanah Sabah seterusnya menyatakan bahawa pemberian PSS ini akan dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan tenaga buruh asing terutamanya di sektor perladangan.

Amanah Sabah mencadangkan agar satu mekanisma diadakan bagi membolehkan negara memungut cukai dari pemegang PSS yang bekerja dan memperolehi pendapatan di negeri ini disamping bayaran permohonan yang hanya berjumlah RM120.00 bagi tempoh 3 tahun.

Amanah Sabah menyatakan pemberian PSS buat sementara waktu adalah pilihan terbaik menyelesaikan masalah ‘stateless’ yang selama ini tidak dapat didokumentasikan kehadiran mereka.

Amanah Sabah menyatakan bahawa kepentingan dan hak rakyat negeri ini hendaklah terus diutamakan. PSS hendaklah dilihat sebagai penyelesaian sementara dan kerajaan hendaklah memperkenalkan polisi yang mampu menamatkan masalah pendatang asing yang menjadi permasalahan utama di negeri ini.

Sekian

skim subsidi

Haris Bin Alimudin
Pengerusi Parti Amanah Negara
Negeri Sabah

06 haribulan September 2019

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.