Pemuda Amanah Sabah Santuni Masyarakat Sempena Aidiladha

14 Ogos 2019, Kota Kinabalu- Bersempena hari raya aidiladha, Pemuda Amanah Sabah santuni masyarakat sempena aidiladha. Program Majlis Qurban dan Sumbangan Daging Qurban di 3 parlimen di Sabah dilaksanakan. Aktiviti Qurban anjuran Pemuda Amanah telah berlansung pada 12 dan 13 Ogos 2019 bermula di daerah Tuaran, diikuti Pitas dan berakhir di daerah Kota Belud.

Sebanyak 4 ekor lembu dan kambing telah disumbangkan kepada penduduk Kampung Kalipon Pitas, Kg. Rampaian Kota Belud dan Kg. Laya-laya Tuaran. Seramai lebih 300 orang yang terdiri daripada fakir miskin, orang kelainan upaya, warga tua dan ibu tunggal menerima agihan daging qurban daripada aktiviti tersebut.

Mengulas mengenai aktiviti yang dijalankan, Khairuddin Daud, Ketua Pemuda Amanah Sabah menyatakan ibadah Qurban dapat membentuk masayarakat yang harmoni dan bekerjasama. “Aktiviti sempena Aidiladha pada tahun ini tidak hanya dapat membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga menyemai semangat kerjasama dan bergotong royong dalam kalangan masyarakat di Sabah”, katanya.

Tambahnya lagi, aktiviti qurban pada tahun ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

“Selain aktiviti Qurban dan bergotong royong, kita turut mengadakan kenduri rakyat di Kg. Kalipon, Pitas. Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang di daerah-daerah lain. Saya turut merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Majlis Qurban pada tahun ini”, ujarnya.

Selain itu, Pemuda Amanah Kota Marudu turut menyampaikan sumbangan berupa keperluan makanan kepada penduduk fakir miskin sebagai sebahagian program Majlis Qurban dan Agihan Daging Qurban sempena perayaan Aidiladha.

pemuda amanah sabah santuni masyarakat sempena aidiladha

Manakalah di Kota Belud, Pemuda Amanah Kota Belud menziarahi sdra Parkat yang tinggal menumpang di beranda rumah dan menyampaikan sumbangan berbentuk wang kepada beliau.

pemuda amanah sabah santuni masyarakat sempena aidiladha

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.