Pemuda Pergiat Program Usahawan Belia Di Sabah

pemuda pergiat program usahawan

KUDAT-KOTA MARUDU. Pemuda Pergiat Program Usahawan melalui ilmu BMC. Bengkel Usahawan Business Model Canvas dan Pitching Idea telah berlansung dengan jayanya di dua daerah iaitu Kudat dan Kota Marudu. Program ini dianjurkan bersama Pemuda Amanah Negeri Sabah, Pertubuhan muafakat Sabah (Muafakat), Persatuan Tunas Usahawan Sabah (Pantas) dan Pertubuhan Peladang Kawasan Kudat.

Seramai kira-kira 100 orang peserta dari daerah Kudat dan Kota Marudu yang terdiri daripada usahawan muda dan masyarakat awam telah mengambil tempat dalam program ini. Lebih menarik lagi, pembentangan Modul BMC dan Pitching Idea telah dikendalikan sendiri oleh sdra Azizul Julirin, Presiden PANTAS. Sdra Azizul adalah usahawan muda yang berkecimpung dalam bidang pertanian moden dan pelancongan di Sabah.

Antara pengisian program adalah pembentangan Business Model Canvas (BMC), satu metodologi menganalisis perniagaan dan perkongsian peluang serta inisiatif kerajaan untuk membantu para usahawan khususnya anak muda.

pemuda pergiat program usahawan

pemuda pergiat program usahawan

Program yang telah berjaya dilaksanakan di dua daerah tersebut adalah usaha Saudara Khairuddin Daud, Ketua Pemuda Amanah Sabah dan Saudara Zaidi Jatil, Ketua Pemuda Amanah Kota Marudu. Program tersebut merupakan salah satu inisiatif Parti Amanah Negara membantu golongan belia yang ingin menjadi usahawan di samping mendepani cabaran pengangguran di kalangan golongan tersebut. Amanah menerusi sayapnya, terus bekerja untuk sabah. Pemuda pergiat program usahawan dari masa ke semasa.

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.