Senarai Pimpinan Pemuda Amanah Negara Negeri Sabah Sesi 2019-2022

Assalamualaikum dan salam perpaduan. Alhamdulillah Konvensyen Pemuda Amanah Sabah kali ke-3 telah melabuhkan tirai pada kali ini yang telah mewajahkan barisan pimpinan Ahli Jawatankuasa Pemuda Amanah Negara Negeri Sabah yang baharu.

Sebagai Ketua Pemuda yang baharu, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada AJK konvensyen kali ini seterusnya AJK Pemilihan yang telah menyaksikan peralihan secara damai dan nilai demokrasi yang baik.

Ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak ternilai saya berikan buat Ketua Pemuda sebelum ini saudara Khairuddin Daud yang telah memacu Pemuda Amanah Sabah ke tahap yang begitu tinggi di peringkat negeri dan nasional. Keterbukaan dan ruang pengurusan yang lebih mencabar akan sentiasa menjadi cabaran buat diri ini dan seluruh barisan kepimpinan menyambung legasi beliau agar terus mekar membangun pada kepimpinan kali ini.

Sebagai sayap pemuda Parti Amanah Negara, kami mengangkat konsep rahmatanlilalamin sebagai teras perjuangan parti yakni membawa model Islam yang sederhana di samping melaksanakan kerja-kerja kebajikan menyantuni rakyat khususnya rakyat Sabah.

Buat rakan Pemuda Pakatan Harapan, WIRA Warisan dan Pemuda UPKO yang merupakan salah satu tunjang kekuatan kepada parti kerajaan, kita akan terus mencapai cita-cita bersama demi kesejahteraan rakyat Sabah keseluruhan.

Berikut kami tampilkan senarai barisan Ahli Jawatankuasa Pemuda Amanah Negeri Sabah bagi sesi 2019/2022.

Ketua Pemuda
Rendy Ismail

Tim Ketua Pemuda
Yunizam Yusop

Naib Ketua Pemuda 1
Zaidi Jatil

Naib Ketua Pemuda 2
Mohd Kadir Abd Jalil

Setiausaha
Harieyadi Karmin

Pen Setiausaha
Zulhelmi Zaini

Bendahari
Izzat Fahim Ibrahim

Pengarah Komunikasi
Mohd Fathihie Gadius

Pengarah Pilihanraya
Mohd Khairuddin Daud

Pengarah Sumber Manusia
Abu Huzaifah Kamal

Pengarah Syariah
Salleh Jatil

Ahli Jawatankuasa:

Mohd Riduwan Idris
Mohd Hanafi
Nathashazruun Arbaani
Nathashazreen Arbaani
Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar
Mohd Khairul Ikmal Aris

Segala bimbingan, nasihat dan teguran menjadi sumber keperluan dan kekuatan buat kami barisan Ahli Jawatankuasa Pemuda Amanah Negeri Sabah 2019/2022.

Rendy Ismail

Sekian,
Rendy Ismail,
Ketua Pemuda Amanah Negara Negeri Sabah 2019/2022.

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.