Program Korban D’awan Sabah Sempena AidilAdha 2019

Pada 14 Ogos 2019 (Rabu) telah diadakan Program Korban D’awan anjuran angkatan wanita amanah nasional (awan) negeri sabah dan parti amanah negara negeri sabah. Disertai 40 ahli amanah zon 5 (kawasan sandakan, beluran, libaran, batu sapi, kinabatangan) dan melibatkan penduduk Pulau Berhala, Sandakan. Lembu korban disumbangkan oleh Ketua AWAN Nasional, Dr Siti Mariah Mahmud. Edaran daging korban diagihkan kepada penduduk Pulau Berhala.

Program dihadiri oleh Pemaju Mukim Saudara Erwin mewakili ADUN Tanjung Papat, YB Frankie dan Tuan Ikhwan wakil pegawai memerintah Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kita 1 petang.

Terima kasih kepada seluruh ahli Amanah dan penduduk Kg Pulau Berhala yang menjayakan program ini.

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.