Skim PEKA B40 Peduli Kesihatan Kerajaan PH Diperluas

skim peka b40

AMANAH. YB Datuk Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa Skim PEKA B40 akan diperluas kepada golongan umur 40 tahun ke atas berbanding sebelum ini 50 tahun ke atas. Beliau menyatakan bahawa peruntukan yang disediakan masih banyak dan jumlah rakyat yang layak sekiranya umur 50 tahun ke atas agak sedikit dan ini menyebabkan masih banyak baki peruntukan sedangkan peruntukan untuk tahun seterusnya akan diturunkan tidak lama lagi.

Cara Untuk Daftar Skim Peduli Sihat MySalam RM8000

Jumlah mereka berusia 50 tahun yang menggunakan kemudahan itu di seluruh negara hanya 40,119 orang berbanding sasaran 800,000 orang yang ditetapkan sebelum ini.

skim peka b40

“Jumlah peruntukan yang disediakan bagi pelaksanaan projek rintis Skim PeKa B40 yang dimulakan April lalu ialah RM100 juta bagi 800,000 individu namun mereka yang menjalani saringan masih rendah.”

Skim Subsidi RM44 Juta

“Kita mempunyai baki peruntukan yang agak banyak untuk dihabiskan sebelum menerima peruntukan baharu, menyebabkan kita menurunkan had usia supaya lebih ramai dapat menikmatinya tanpa implikasi kewangan,”

Sumber

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.